Sarawak adalah sangat terkenal dengan kepelbagaian kaum yang terdapat di negeri ini contohnya seperti kaum Orang Ulu yang terdiri Kelabit,Kayan,Kenyah,Lun Bawang dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga kaum-kaum yang lain seperti kaum Melayu,Cina,Iban dan juga India. Setiap kaum ini mempunyai kraftangannya tersendiri yang sangat unik dan bahan-bahan yang digunakan adalah sangat unik seperti menggunakan rotan,manik dan banyak lagi. Di sini, saya akan memperkenalkan tentang beberapa kraftangan manik yang merupakan kraftangan Orang Ulu.
Antara Kraftangan manik yang terdapat di Sarawak:
Topi Manik
Peta
Rantai Manik
Selendang Manik
Selendang manik Orang Ulu ini dihasilkan dengan menggunakan manik yang sangat banyak. Selendang ini selalunya akan digunakan oleh kaum Orang Ulu bersama dengan baju tradisional masing-masing yang dipanggil "Sapa' Arit" bagi baju tradisional kaum Kelabit manakala "Ta'ah" bagi baju tradisional kaum Kayan dan Kenyah. Selendang ini bukan seperti selendang biasa kerana ianya hanya bersaiz sederhana.
Beg Manik
Pada masa dahulu, beg ini merupakan beg untuk mengangkat bayi. Ianya dapat memudahkan seorang ibu untuk mengangkat anaknya sambil membuat kerja. Beg ini adalah diperbuat daripada kayu,rotan dan manik beserta tali. Bagi kaum Kelabit beg ini dipanggil sebagai "Agau" manakala bagi Kaum Kayan dan Kenyah ianya dipanggil sebagai "Avet".
Tali Pinggang Manik
Tali pinggang manik ini selalunya digunakan bersama dengan pakaian tradisional dan mempunyai pelbagai corak dan warna. "Beret" adalah dipanggil dalam kaum Kelabit manakala bagi kaum kayan mereka memanggil tali pinggang ini "Jet".
Penutup
Oleh itu, kraftangan amatlah penting bagi semua masyarakat kerana ianya dapat melambangkan tetang adat dan budaya kaum masing-masing. Saya berharap agar setiap kraftangan ini tidak akan dilupakan oleh masyarakat dan tetap diteruskan oleh generasi yang akan datang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang telah mengunjungi blog saya. Papu' beruh! Pesuk La'an! Petego la'a!
Traditional Handcraft in Long Banga
Cara Membuat Buah Kabo'
Wanita-Wanita Dayak Menganyam Manik
No comments:
Post a Comment